Thursday, May 21, 2009

Ulasan buku


Tajuk Buku: Action Research in Education.
Pengarang : Ernie Stringer
Tahun terbitan :2004
Penerbitan :Pearson Merrill Prentice Hall, New Jersey


Reka bentuk Kajian Tindakan

Pada permulaan satu kajian, kita akan mereka bentuk kajian dan pelan tindakan yang akan diambil untuk kajian tersebut. Diantara reka bentuk tersebut termasuklah;

  1. Gambaran permulaaan : Kenalpasti masalah dan orang yang terlibat serta kesan masalah tersebut.
  2. Fokus: memurnikan kenyataan, soalan dan objektif kajian.
  3. Merangka : menentukan skop kajian .
  4. Gambaran kajian kepustakaan
  5. Langkah pengenalpastian responden .
  6. Sumber maklumat/data: kenalpasti kumpulan tertentu, tempat, keadaan, rekod statistic dan sumber lain yang berkaitan.
  7. Bentuk maklumat /data: jenis maklumat akan membentuk kajian- transkrip temubual, rekod pemerhatian, sorotan rumusan, dokumentari bergambar, laporan kajian, rekod sekolah dan sebagainya.
  8. Langkah mengumpul data: bagaimana maklumat dikumpul- termasuk temubual, kumpulan sasaran, pemerhatian dan sebagainya.
  9. Langkah analisis data: cara menterjemahkan data untuk kenalpasti konsep, maksud.
  10. Etika: langkah yang perlu diambil untuk memastikan kesan yang buruk terhadap orang terlibat.
  11. Kesahan : langkah yang digunakan untuk mempertingkatkan kekuatan kajian.

Membina Gambaran Kajian: Refleksi Pengkaji

Bersikap ambil berat terhadap kerja, ingin belajar daripada kerjadan secara serious terlibat dalam kitaran pemerhatian, refleksi dan tindakan yang akan diambil(cuba jaya). Kekuatan kajian tindakan adalah apabila penyelidik terlibat secara langsung dengan pelajar, ibu bapa, guru lain, dan yang memberikan kesan kepada isu yang berkaitan.

Permulaan proses bagi mengfokus, merangka dan merekabentuk kajian tindakan adalah termasuk kitaran pertama bagi pemerhatian, refleksi dan tindakan. Contohnya; turutan aktiviti Lihat-Fikir-Bertindak.

Fokus

Untuk memastikan kajian tindakan yang dilakukan adalah berkualitiu adalah kebolehan mengenalpasti masalah secara menyeluruh dan seterusnya dapat menggunakan proses Lihat-Fikir-Bertindak. Untuk mrengfokus pada kajian dengan lebih jelas; pernyataan ini boleh digunakan-

1) isu atau topik yang akan dikaji,

2) masalah kajian

3) persoalan kajian

4) objektif kajian.

Dalam kajian tindakan, fokus utama adalah peristiwa dan interpretasi.


Merangka kajian: Garis kasar skop kajian

1) Mengenalpasti isu dan objektif kajian.

2) menentukan parameter kajian

3) menentukan hada skop yang terlibat; sama ada kumpulan kecil atau tempoh masa yang singkat.

Pada bahagian, penyelidik seharusnya mengenalpasti;

1) Masalah: Apa masalah yang memerlukan penyelesaian? Apakah tumpuan utama persoalan kajian?

2) Penyertaan: Siapakah orang-orang yang berkepentingan? Siapakah yang menerima kesan? Pelajar?Guru? Pentadbir?

3) Tempat: Dimana kajian ini akan dibuat? Bagaimanakah keadaan dan situasi yang terlibat?

4) Masa: Bila kajian ini akan dijalankan? Bila akan berakhir?

5) Skop: Apakah skop kajian ? teknik pengajaran bahasa ?


Gambaran Soroton kepustakaan dan Kajian Kepustakaan.


Pada peringkat awal, sorotan kajian kepustakaan adalah sedikit bagi kajian yang melibatkan kualitatif. Ini kerana, ianya lebih mengfokus pengalaman dan pandangan orang-orang yang berkep[entingan dalam kajian ini.

Pemahaman dan maklumat yang muncul daripada bahan bacaan boleh mencetuskan ketidaksetujuan, melengkapkan atau pandangan yang mencabar daripada orang yang berkepentingan adalah kemajuan sesuatu kajian.

Selepas sorotan kepustakaan, kajian kepustakaan adalah langkah untuk mengenalpasti maklumat atau isu yang berkaitan dengan kajian. Dalam pencarian bahan bacaan untuk kajian kepustakaan, pengkaji haruslah mengetahui kata kunci yang berkaitan dengan isu/permasalahna yang ingin dikaji.

Pengkaji seharusnya dapat membezakan :

  1. Sumber pertama yang didapati secara terus daripada kajian terdahulu.
  2. Sumber kedua berdasarkan laporan atau rumusan bahan daripada sumber pertama.
  3. Bahan bacaan ilmiah yang berdasarkan pandangan pakar-pakar yang berpengalaman.
  4. Laporan institusi daripada institusi awam mahupun swasta
  5. Bahan bacaan praktikal

Mengenalpasti perbezaan persepktif dalam bahan bacaan.

Sorotan kepustakaan merupakan langkah awal untuk mengembangkan idea ataupun bahagian reflek dalam kitaran kajian dan menyediakan kemungkinan-kemungkinan untuk konsep atau mengemukakan isu. Kajian awal ini m,enyediakan pengkaji dengan satu pemahaman dalam persepktif yang berbeza dann jenis maklumat yang dipersembahan dalam bahan bacaan. Perbezaan bukan sahaja merangkumi pengetahuan penulis (psikologi, sosiologi, kajian budaya atau sebagainya) tetapi juga perbezaan kedudukan teori setiap disiplin ilmu.


Persampelan : Memilih peserta kajian.

Dalam memilih peseta kajian, satu teknik yang dipanggil “purposive or purposeful, persampelan yang memastikan kepelbagaian persepktif individu yang menerima kesan daripada isu yang dikaji.

Persampelan memastikan pemilihan peserta kajian dalah untuk kepelbagaian tujuan.

Dalam kebanyakan kes, pengkaji perlu memilih samp\el peserta kajian yang mewakili kepelbagaian persepktif dan pengalaman merentasi kesemua kumpulan dan subkumpulan yang menerima kesan daripada isu yang sedang dikaji.

Langkah pertama adalah mengenalpasti kumpulan berkepentingan pertama- kumpulan yang terbesar merima kesan dalamisu yang dikaji.Langkah seterusnya mengenalpasti kumpulan berkepentingan lain yang menerima kesan daripada isu tersebut.

Adalah mustahil untuk melibat semua kumpulan, tetapi kumpulan yang terlibat mestilah mempunyai kesan yang signifikan.


Sumber dan bentuk maklumat (pengumpulan data)

Sumber maklumat utama dalam, kajian tindakan adalah daripada temubual kumpulan yang berkepentingan dalam kajian. Sumber biasa bagi maklumat termasuklah situasi budaya, peristiwa, aktiviti, bahan, sample kerja, dokumen, rekod,laporan dan sebagainya. Data dikumpul daripada semua sumber maklumat ini secara pemerhatian peristiwa atau keadaan ataupun meneliti dokumen dan maklumat yang telah direkod.


Saringan maklumat (Analisis data)

Secara kesimpulannya, kajian tindakan yang bersifat kualitatif mempunyai reka bentuk yang menerangkan:

  1. Fokus: KENYATAAN ISU, MASALAH KAJIAN, PERSOALAN KAJIAN, OBJEKTIF KAJIAN.
  2. Merangka skop kajian: Tempat, masa, kumpulan berkepentingan dan skop isu kajian.
  3. Sorotan kepustakaan: Proses sorotan ke atas bahan bacaan.
  4. Sumber maklumat/data: Orang berkepentingan, suasana dan keadaan,
  5. Proses pengumpulan data: Cara data dikumpul-pemerhatian, temubual, dan sebagainya.
  6. Proses analisis data


Etika kajian:

Diantara etika kajian yang perlu diambil berat oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tindakan adalah;

  1. Sensitif, ambil berat dan merahsiakan.:
  2. Kebenaran : kebenaran daripada peserta kajian untuk terlibat dalam kajian dan sebagainya. Melibatkan budaya, masyarakat dan juga komuniti
  3. Peserta kajian diberitahu keperluan kajian yang dilakukan , tujuan , risiko dan sebaginya.


Kesahan: penilaian kualiti

Kajian tindakan adalah satu kajian kualitatif . Kajian ini melibatkan peristiwa, aktiviti, tingkahlaku , tindak balas dan perkara yang subjektif. Untuk menentukan kesahan kajian kualitatif adalah berbeza daripada kajian kualitatif. Untuk memastikan kepercayaan terhadap kajian, beberapa prosedur perlu dimasukkan;

  1. Kredibiliti : integriti kajian dan kebenarannya.

: membina hubungan (pengkaji-responden)

: pemerhatian yang berterusan

: triangulasi-penggunaan sumber,kaedah, persepktif yang pelbagai dan

berbeza.

: pelbagai analisis

: keperluan untuk memahami maksud konsep dan struktur dalam

kajian untuk menjelaskan refleksi persepktif ,pengetahuan dan bahasa

responden.

: memberi responden untuk meneliti data memtah, data yang dianalisis

dan laporan yang dihasilkan.

  1. Kebolehpindahan : sama ada dapatan kajian boleh digunakan ke dalam konteks yang lain daripada setting kajian.
  2. Kebolehharapan : dicapai dengan pengauditan kajian, sama ada setiap perincian kajian adalah disediakan untuk peserta dan orang lain.
  3. Kebolehsahan : hasil kajian adalah daripada data yang dikumpul.

No comments:

Post a Comment