Monday, April 27, 2009

Kajian Tindakan Dalam Konteks Diri

Masalah: Pengurusan masa dan bertangguh dalam menyiapkan tugasan.
Penambahbaikan: Pengurusan masa yang lebih teratur dan menyelesaikan segala tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam jadual.
Matlamat: Pengurusan masa yang baik dalam segala aktiviti dan tugasan.
Objektif: Mempunyai jadual pengurusan masa yang teratur dan bersistematik dan mengikutinya
Dapat menyelesaikan segala tugasan mengikut perancangan dalam jadual.
Tempoh masa : 3 bulan

PELAN TINDAKAN:
Langkah-langkah
1. Membina jadual tugasan berdasarkan pembacaan daripada buku-buku mengenai pengurusan masa.
2. Membuat senarai semak bagi setiap tugasan.
3. Memastikan jadual harian diikuti dengan menyenaraikan satu senarai semak diri.
4. Membuat senarai semak untuk setiap hari bagi jadual pengurusan supaya dapat menilai sama ada mematuhi jadual yang dibuat atau tidak.
5. Membaca buku-buku motivasi dan pengurusan masa

PENGUMPULAN DATA:
1. Senarai semak harian bagi jadual pengurusan masa dan tugasan.
2. Pandangan dan penilaian daripada rakan-rakan.
3. Membuat refleksi kendiri setiap hari.

PEMANTAUAN:
1. Berdasarkan senarai semak yang dibuat(setiap hari)
2. Penilaian rakan-rakan

PENILAIAN:
1. Menilai senarai semak yang dibuat setiap seminggu sekali. Sekira pada senarai semak terdapatnya kekurangan, susunan jadual waktu harus diteliti sama ada bersesuaian atau tidak.
2. Menilai senarai semak tugasan, sama ada setiap tugasn dalam "progress", tidak dimulakan lagi ataupun kerja tertagguh dalam tempoh masa yang lama.
3. Meminta pandapat rakan-rakan mengenai jadual dan senarai semak tugasan.

Proses penambahbaikan ini akan berterusan sepanjang masa supaya masa dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tiada lagi istilah kerja last minute dalam kamus hidup saya.

Sunday, April 26, 2009

Nota 1

Kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan.
Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.

Carl & Kemmis (1986) berpendapat:

“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”

Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:

“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them"

Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.

Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)

Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakanpenyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.
Kajian tindakan mempunyai kitaran tertentu, diantara model kitarannya adalah:
1. Gelung kajian tindakan yang 4 elemen iaitu; a. merefleks, b. merancang, c. bertindak dan
d. memerhati. relevan untuk kajian tindakn amalan yang melibatkan P & P dalam bilik darjah.
2. Gelung interaksi yang mempunyai 3 fasa; looking, thinking, action. Lebih sesuai untuk kajian tindakan penyertaan.

Jenis-jenis kajian tindakan:
1. Individu
2. Kolabaratif
3. Sekolah
4. Daerah

Thursday, April 23, 2009

Kuliah Pertama....Kajian?????

kajian??? Penyelidikan???? Entah la....
Macam-macam definisi yang bermain dalam fikiran kita. Dulu masa buat ijazah pertama memang ada buat kajian tapi taklah mendalam sangat pun. Tapi yang menjadi persoalan sekarang ni, dah pernah buat kajian untuk projek tahun akhir pun tapi masih tak faham apa maksud kajian / penyelidikan.

20 april 2009, hari pertama kuliah bagi semester baru....

Kuliah pertama Kajian tindakan dalam pendidikan, ngantuk tapi kuatkan semangat nak tuntut ilmu, cuba buka mata ini luas-luas, pasang telinga betul-betul.

Kajian tindakan?? Apa itu kajian tindakan? Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang saintifik bagi mengumpul data-data, seterusnya memproses data tersebut dan dianalisis serta langkah yang seterusnya adalah tindakan yang diambil seperti menyelesaikan satu masalah.
Susunan kajian tindakan melibatkan reka bentuk kajian, pengumpulan data, analisis data, komunikasi yang melibatkan penulisan laporan dan persembahan hasil kajian dan tindakan yang melibatkan tindakan menyelesaikan masalah.


Secara ringkasnya kajian tindakan adalah belajar sesuatu daripada apa yang kita telah lakukan. Tujuan kajian tindakan adalah untuk penambahbaikan sesuatu perkara yang kita lakukan.
Contohnya, kaedah pengajaran secara kerja kumpulan. Kerja kumpulan yang selalu dijalankan di dalam kelas biasanya, guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, kemudian memberikan tajuk-tajuk yang berlainan kepada setiap kumpulan. Pelajar dalam kumpulan dikehendaki membincangkan tajuk yang diberi.

Kaedah ini merupakan kaedah yang selalu digunapakai oleh guru-guru dalam P& P.Kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan, seperti hanya pelajar tertentu sahaja yang akan bertindak aktif dalam kumpulan dan ada pula pelajar yang menjadi pasif kerana ada rakanlain yang mempunyai lebih banyak idea. Selain itu, tidak semua pelajar berpeluang mengemukakan pendapat.


Kaedah ini boleh digantikan dengan pembelajaran secara kooperatif yang akan melibatkan semua pelajar. Contoh pembelajaran kooperatif adalah menggunakan kaedah jingsaw. Kaedah jingsaw ini mempunyai kelebihan di mana setiap pelajar bertanggungjawab untuk mencari maklumat ataupun mengemukakan pendapat. Dan disini, pelajar perlu memahami sesuatu tajuk sebelum mengajar rakan yang lain. Ini dapat mewujudkan sikap saling berkongsi ilmu dengan rakan. Dan pembelajaran secara kooperatif ini akan diulang dengan pelbagai kaedah sehingga pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Setakat ini yang saya faham tentang kajian tindakan dan sekarang saya tengah mencari-cari maklumat-maklumat tentang kajian tindakan..Ada dalam bahasa melayu, ada jugak dalam bahasa inggeris.
Yang menggunakan bahasa ibunda, cepatla saya baca, yang second language tue agak merangkak-rangkak lah jugak membacanya...apa pun, nak cari ilmu ini bukan senang, banyak yang kita kena korban....
yang penting sekali, jangan melakukannya kerana terpaksa tapi atas kemahuan sendiri. Sebab kerana terpaksa kita menderita, atas kemahuan sendiri, kita yang bahagia..