Showing posts with label nota. Show all posts
Showing posts with label nota. Show all posts

Wednesday, May 13, 2009

Kajian kepustakaan

Kajian kepustakaan merupakan salah satu langkah dalam kajian tindakan. Ia merupakan sorotan terhadap bahan-bahan literatur/bacaan seperti artikel, buku,journal dan sebagainya. Langkah ini memerlukan kemahiran berfikir secara kritis kerana isi-isi penting dalam bahan literatur perlu dilihat secara kritikal.


1. Membanding dan membezakan
-berdasarkan kriteria; ciri, sifat, kualiti, unsur sesuatu objek atau peristiwa


2. Analisis
-olah maklumat dengan huraikan kpd bahagian yang lebih kecil-fahami konsep


3. Menilai
- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan
-untuk membuat keputusan


4. Membuat kesimpulan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasrkan kpd hipotesis
-kukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
- buat keputusan, untuk terangkan sesuatu dan meramal

5. Mensintesis
- Menggabung idea, unsur atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan ganmbaran yang menyeluruhdalam bentuk pernyataan.



..akan dikemaskini lagi nota ini...(tidak cukup lengkap)

Nota: Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, perubahan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Perubahan merupakan salah satu ciri pendidikan.
Terdapat 4 jenis perubahan berdasarkan Dessler (1995)
1. ke arah peningkatan
2.Strategi organisasi
3.Reaktif
4.Akibat drpd jangkaan

Perubahan boleh dikaitkan dengan evolusi dan revolusi.
1. Evolusi : satu proses yang memakan masa yang lama dan perubahan yang berlaku adalah kecil.
2. Revolusi: satu proses perubahan berlaku secara mendadak.

Perubahan yang dibuat adalah bertdasarkan keputusan yang telah dipertimbangkan. Terdapat 6 dimensi dalam membuat pertimbangan:
1. Tujuan perubahan: penambahbaikan.
perubahan dalam sistem sedia ada melibatkan 2 pindaan; perubahan peringkat pertama & perubahan peringkat kedua.
2. Unit perubahan:merujuk kpd fokus utama perubahan. Terdiri daripada ; individu,kumpulan dan seterusnya.
3. Sifat
4. Magnitud
5. skop/ruang lingkup
6. Jangka masa

Model-Model Perubahan.
1.Penggabungan Roger:inovasi berlaku apabila masalah atau keperluan dikenalpasti
2. Model Kanter: Melibatkan 4 tugas inovasi: jana, bina,realisasi & pindah (idea)
3. Model Rand: sebab dan halangan perubahan pendidikan
pengumpulan data dan analisis
libatkan 3 langkah: 1) Daya usaha
2) Implementasi
3) Penggabungan
4. Model ACOT: kehendak perubahan p & p secara beransur-ansur.
5 langkah perubahan P & P:
1)Kemasukan
2)Memilih
3)Menyesuaikan
4) Penggunaan
5) Mereka cipta

Sunday, April 26, 2009

Nota 1

Kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan.
Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.

Carl & Kemmis (1986) berpendapat:

“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”

Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:

“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them"

Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.

Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)

Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakanpenyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.
Kajian tindakan mempunyai kitaran tertentu, diantara model kitarannya adalah:
1. Gelung kajian tindakan yang 4 elemen iaitu; a. merefleks, b. merancang, c. bertindak dan
d. memerhati. relevan untuk kajian tindakn amalan yang melibatkan P & P dalam bilik darjah.
2. Gelung interaksi yang mempunyai 3 fasa; looking, thinking, action. Lebih sesuai untuk kajian tindakan penyertaan.

Jenis-jenis kajian tindakan:
1. Individu
2. Kolabaratif
3. Sekolah
4. Daerah