Saturday, May 23, 2009

Sambung ulasan buku (2)..............

Kesahan & Peserta kajian

Kekuatan satu kajian kualitatif adalah bergantung kepada kaedah yang dijalankan untuk menjelaskan pengalaman, persepkltif dan suara mereka yang terlibat dalam kajian. Pandangan peserta kajian adalah memberi kualiti kepada sesuatu penyelidikan. Tindakan balas peserta kajian dalam memberi pandangan, persepktif dan sebagai secara jelas dan telus menjadi kesahan kajian lebih berkualiti. Pengkaji juga haruslah bijak melihat sesuatu isu dari sudut pandangan peserta kajian.

Kesahan & kebergunaan.

Kesahan dalam kajian tindakan adalah kebergunaan terhadap dapatan kajian.

Pengumpulan data : Sumber maklumat

Dalam kajian tindakan, temubual adalah prinsip utam untuk memahami persepktif dan pengalaman manusia. Terdapat juga pemerhatian keadaan sistematik dan peristiwa, penelitian dokumen dan rekod untuk mengkaji isu dan pemeriksaan bahan dan rujukan yang berkenaan.


Temubual

:membolehkan peserta kajian menerangkan kedaan dan menjelaskan isu yang dikaji menggunakan perkataan sendiri.

:membolehkan orang lain yang terlibat melihat isu berkenaan daripada kaca mata orang yang ditemubual dan dapat memhami peristiwa itu daripada persepktif mereka sendiri.

membolehkan peserta kajian berpeluang untuk membuat refleksi terhadap peristiwa dalam hidup dan seterusnya dapat menambah kefahaman terhadap pengalaman hidup sendiri.

:proses temubual juga memerlukan saling mempercayai antara orang yang ditemubual dan penemubual. Ketidakpercayaan boleh menimbulkan ketidakselesaan antara ketika temubual. Ini akan menyebabkan maklumat tidak dapat diperolehi secara menyeluruh.

:Selain itu, penemubual harusnya memberi peluang kepada orang ingin ditemubual untuk menetapkan tempat dan masa yang bersesuaian. Sebelum memulakan temubual, penemubual haruslah memperkenalkan diri, memberitahun isu yang in gin ditemubual dan meminta kebenaran untuk memperbincangkan perkara tersebut dalam satu kajian.

:Dalam temubual, teknik penyoalan sangat supaya dapat keselesaan kepada orang yang ditemubual. Teknik penyoalan yang berkesan dapat memberi gambaran yang jelas mengenai isu yang dikaji.

:Terdapatnya beberapa dua fasa dalam teknik penyoalan;

Fasa pertama: Grand taour question- Temubual haruslah berlaku di tempat dan masa yang bersesuaian untuk orang di temubual. Peserta kajian seharusnya berada dalam keadaan tenang dan selesa. Kajian tindakan seharusnya bermula dengan soalan yang umum seperti; ‘ Boleh terangkan tentang sekolah anda?”

Fasa kedua: Mini tour question.- fasa ini adalah fasa untuk memahami secara lebih mendalam terhadap soalan fasa pertama. Soalan dalan fasa kedua adalah lebih kurang sama dengan fasa pertama tetapi bentuk soalan ini lebih menfokus dan terperinci.

Memperluaskan tindak balas peserta kajian : Prompt question

Maklumat yang lanjut dapat diperolehi menerusi kemahiran dalam memperluaskan tindak balas peserta kajian dengan menggalakkan untuk menjelaskan secara lebih terperinci apa yang dibincangkan:

  1. memperluaskan soalan ( contohnya: Ada apa-apa lagi yang ingin dikongsi?)
  2. Menggalakkan komen/soalan
  3. meminta contoh.

Sambung ulasan buku....

Konsep kajian tindakan.

Berdasarkan buku ini, kajian tindakan ini membuat seorang guru itu lebih bersifat sensitif, peka and lebih prihatin terhadap apa yang berlaku terhadap orang lain dan kanak-kanak.

Kajian tindakan adalah sesuatu yang membawa perubahan ke arah kebaikan.

Kajian tindakan direkabentuk secara terus terhadap tujuan yang praktikal dan kesan yang efektif terhadap keadaan di mana ianya berlaku.

Secara mendalamnya, kajian tindakan adalah salah satu cara guru untuk mempertingkatkan kemahiran mengajar dan juga memberi kesan yang baik terhadap prestasi pelajar.

Apabila seorang penyelidik terlibat dalam kajian tindakan , secara tidak langsung bersifat mengambil ambil, teliti untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam amalan kerja harian .

Kajian tindakan juga adalah bertujuan menyediakan seseorang dengan ilmu dan memahami sesuatu yang membawa perubahan dalam hidup.


Kurt Lewin : Kajian tindakan adalah berbentuk kitaran, dinamik dan melibatkan kolabratif .

Kitaran kajian tindakan adalah merancang, bertindak, memerhati, dan merefleks. Dan kitaran ini berkitar sehingga berlaku penambahanbaikan yang diingin dicapai.

Kenapa guru perlu melakukan kajian tindakan.

Guru perlu melakukan kajian tindakan adalah untuk melakukan perubahan terhadap proses p & p. Perubahan ini akan meningkatkan amalan yang baik dan mengubah
tingkahlaku. Selain itu, guru boleh mereflek , berfikir terhadap amalan sendiri, tingkahlaku dan situasi yang terlibat. Ini dapat membuat guru berfikir kembali, menilai apa yang telah mereka lakukan. Kajian tindakan juga merupakan satu langkah yang efektif dalam penyelesaian terhadap sesuatu isu yang ingin dicari langkah penyelesaiannya. . Ia juga merupakan satu alat yang berrguna dalam rancangan perngajaran harian dalam konteks bilik darjah, formula dalam strategi pengajaran guru dan penilaian terhadap pelajar dan juga melangkui kurikulum dan kokurikulum pelajar.

Thursday, May 21, 2009

Ulasan buku


Tajuk Buku: Action Research in Education.
Pengarang : Ernie Stringer
Tahun terbitan :2004
Penerbitan :Pearson Merrill Prentice Hall, New Jersey


Reka bentuk Kajian Tindakan

Pada permulaan satu kajian, kita akan mereka bentuk kajian dan pelan tindakan yang akan diambil untuk kajian tersebut. Diantara reka bentuk tersebut termasuklah;

  1. Gambaran permulaaan : Kenalpasti masalah dan orang yang terlibat serta kesan masalah tersebut.
  2. Fokus: memurnikan kenyataan, soalan dan objektif kajian.
  3. Merangka : menentukan skop kajian .
  4. Gambaran kajian kepustakaan
  5. Langkah pengenalpastian responden .
  6. Sumber maklumat/data: kenalpasti kumpulan tertentu, tempat, keadaan, rekod statistic dan sumber lain yang berkaitan.
  7. Bentuk maklumat /data: jenis maklumat akan membentuk kajian- transkrip temubual, rekod pemerhatian, sorotan rumusan, dokumentari bergambar, laporan kajian, rekod sekolah dan sebagainya.
  8. Langkah mengumpul data: bagaimana maklumat dikumpul- termasuk temubual, kumpulan sasaran, pemerhatian dan sebagainya.
  9. Langkah analisis data: cara menterjemahkan data untuk kenalpasti konsep, maksud.
  10. Etika: langkah yang perlu diambil untuk memastikan kesan yang buruk terhadap orang terlibat.
  11. Kesahan : langkah yang digunakan untuk mempertingkatkan kekuatan kajian.

Membina Gambaran Kajian: Refleksi Pengkaji

Bersikap ambil berat terhadap kerja, ingin belajar daripada kerjadan secara serious terlibat dalam kitaran pemerhatian, refleksi dan tindakan yang akan diambil(cuba jaya). Kekuatan kajian tindakan adalah apabila penyelidik terlibat secara langsung dengan pelajar, ibu bapa, guru lain, dan yang memberikan kesan kepada isu yang berkaitan.

Permulaan proses bagi mengfokus, merangka dan merekabentuk kajian tindakan adalah termasuk kitaran pertama bagi pemerhatian, refleksi dan tindakan. Contohnya; turutan aktiviti Lihat-Fikir-Bertindak.

Fokus

Untuk memastikan kajian tindakan yang dilakukan adalah berkualitiu adalah kebolehan mengenalpasti masalah secara menyeluruh dan seterusnya dapat menggunakan proses Lihat-Fikir-Bertindak. Untuk mrengfokus pada kajian dengan lebih jelas; pernyataan ini boleh digunakan-

1) isu atau topik yang akan dikaji,

2) masalah kajian

3) persoalan kajian

4) objektif kajian.

Dalam kajian tindakan, fokus utama adalah peristiwa dan interpretasi.


Merangka kajian: Garis kasar skop kajian

1) Mengenalpasti isu dan objektif kajian.

2) menentukan parameter kajian

3) menentukan hada skop yang terlibat; sama ada kumpulan kecil atau tempoh masa yang singkat.

Pada bahagian, penyelidik seharusnya mengenalpasti;

1) Masalah: Apa masalah yang memerlukan penyelesaian? Apakah tumpuan utama persoalan kajian?

2) Penyertaan: Siapakah orang-orang yang berkepentingan? Siapakah yang menerima kesan? Pelajar?Guru? Pentadbir?

3) Tempat: Dimana kajian ini akan dibuat? Bagaimanakah keadaan dan situasi yang terlibat?

4) Masa: Bila kajian ini akan dijalankan? Bila akan berakhir?

5) Skop: Apakah skop kajian ? teknik pengajaran bahasa ?


Gambaran Soroton kepustakaan dan Kajian Kepustakaan.


Pada peringkat awal, sorotan kajian kepustakaan adalah sedikit bagi kajian yang melibatkan kualitatif. Ini kerana, ianya lebih mengfokus pengalaman dan pandangan orang-orang yang berkep[entingan dalam kajian ini.

Pemahaman dan maklumat yang muncul daripada bahan bacaan boleh mencetuskan ketidaksetujuan, melengkapkan atau pandangan yang mencabar daripada orang yang berkepentingan adalah kemajuan sesuatu kajian.

Selepas sorotan kepustakaan, kajian kepustakaan adalah langkah untuk mengenalpasti maklumat atau isu yang berkaitan dengan kajian. Dalam pencarian bahan bacaan untuk kajian kepustakaan, pengkaji haruslah mengetahui kata kunci yang berkaitan dengan isu/permasalahna yang ingin dikaji.

Pengkaji seharusnya dapat membezakan :

  1. Sumber pertama yang didapati secara terus daripada kajian terdahulu.
  2. Sumber kedua berdasarkan laporan atau rumusan bahan daripada sumber pertama.
  3. Bahan bacaan ilmiah yang berdasarkan pandangan pakar-pakar yang berpengalaman.
  4. Laporan institusi daripada institusi awam mahupun swasta
  5. Bahan bacaan praktikal

Mengenalpasti perbezaan persepktif dalam bahan bacaan.

Sorotan kepustakaan merupakan langkah awal untuk mengembangkan idea ataupun bahagian reflek dalam kitaran kajian dan menyediakan kemungkinan-kemungkinan untuk konsep atau mengemukakan isu. Kajian awal ini m,enyediakan pengkaji dengan satu pemahaman dalam persepktif yang berbeza dann jenis maklumat yang dipersembahan dalam bahan bacaan. Perbezaan bukan sahaja merangkumi pengetahuan penulis (psikologi, sosiologi, kajian budaya atau sebagainya) tetapi juga perbezaan kedudukan teori setiap disiplin ilmu.


Persampelan : Memilih peserta kajian.

Dalam memilih peseta kajian, satu teknik yang dipanggil “purposive or purposeful, persampelan yang memastikan kepelbagaian persepktif individu yang menerima kesan daripada isu yang dikaji.

Persampelan memastikan pemilihan peserta kajian dalah untuk kepelbagaian tujuan.

Dalam kebanyakan kes, pengkaji perlu memilih samp\el peserta kajian yang mewakili kepelbagaian persepktif dan pengalaman merentasi kesemua kumpulan dan subkumpulan yang menerima kesan daripada isu yang sedang dikaji.

Langkah pertama adalah mengenalpasti kumpulan berkepentingan pertama- kumpulan yang terbesar merima kesan dalamisu yang dikaji.Langkah seterusnya mengenalpasti kumpulan berkepentingan lain yang menerima kesan daripada isu tersebut.

Adalah mustahil untuk melibat semua kumpulan, tetapi kumpulan yang terlibat mestilah mempunyai kesan yang signifikan.


Sumber dan bentuk maklumat (pengumpulan data)

Sumber maklumat utama dalam, kajian tindakan adalah daripada temubual kumpulan yang berkepentingan dalam kajian. Sumber biasa bagi maklumat termasuklah situasi budaya, peristiwa, aktiviti, bahan, sample kerja, dokumen, rekod,laporan dan sebagainya. Data dikumpul daripada semua sumber maklumat ini secara pemerhatian peristiwa atau keadaan ataupun meneliti dokumen dan maklumat yang telah direkod.


Saringan maklumat (Analisis data)

Secara kesimpulannya, kajian tindakan yang bersifat kualitatif mempunyai reka bentuk yang menerangkan:

  1. Fokus: KENYATAAN ISU, MASALAH KAJIAN, PERSOALAN KAJIAN, OBJEKTIF KAJIAN.
  2. Merangka skop kajian: Tempat, masa, kumpulan berkepentingan dan skop isu kajian.
  3. Sorotan kepustakaan: Proses sorotan ke atas bahan bacaan.
  4. Sumber maklumat/data: Orang berkepentingan, suasana dan keadaan,
  5. Proses pengumpulan data: Cara data dikumpul-pemerhatian, temubual, dan sebagainya.
  6. Proses analisis data


Etika kajian:

Diantara etika kajian yang perlu diambil berat oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tindakan adalah;

  1. Sensitif, ambil berat dan merahsiakan.:
  2. Kebenaran : kebenaran daripada peserta kajian untuk terlibat dalam kajian dan sebagainya. Melibatkan budaya, masyarakat dan juga komuniti
  3. Peserta kajian diberitahu keperluan kajian yang dilakukan , tujuan , risiko dan sebaginya.


Kesahan: penilaian kualiti

Kajian tindakan adalah satu kajian kualitatif . Kajian ini melibatkan peristiwa, aktiviti, tingkahlaku , tindak balas dan perkara yang subjektif. Untuk menentukan kesahan kajian kualitatif adalah berbeza daripada kajian kualitatif. Untuk memastikan kepercayaan terhadap kajian, beberapa prosedur perlu dimasukkan;

  1. Kredibiliti : integriti kajian dan kebenarannya.

: membina hubungan (pengkaji-responden)

: pemerhatian yang berterusan

: triangulasi-penggunaan sumber,kaedah, persepktif yang pelbagai dan

berbeza.

: pelbagai analisis

: keperluan untuk memahami maksud konsep dan struktur dalam

kajian untuk menjelaskan refleksi persepktif ,pengetahuan dan bahasa

responden.

: memberi responden untuk meneliti data memtah, data yang dianalisis

dan laporan yang dihasilkan.

  1. Kebolehpindahan : sama ada dapatan kajian boleh digunakan ke dalam konteks yang lain daripada setting kajian.
  2. Kebolehharapan : dicapai dengan pengauditan kajian, sama ada setiap perincian kajian adalah disediakan untuk peserta dan orang lain.
  3. Kebolehsahan : hasil kajian adalah daripada data yang dikumpul.

Wednesday, May 13, 2009

Kajian kepustakaan

Kajian kepustakaan merupakan salah satu langkah dalam kajian tindakan. Ia merupakan sorotan terhadap bahan-bahan literatur/bacaan seperti artikel, buku,journal dan sebagainya. Langkah ini memerlukan kemahiran berfikir secara kritis kerana isi-isi penting dalam bahan literatur perlu dilihat secara kritikal.


1. Membanding dan membezakan
-berdasarkan kriteria; ciri, sifat, kualiti, unsur sesuatu objek atau peristiwa


2. Analisis
-olah maklumat dengan huraikan kpd bahagian yang lebih kecil-fahami konsep


3. Menilai
- membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan
-untuk membuat keputusan


4. Membuat kesimpulan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasrkan kpd hipotesis
-kukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan
- buat keputusan, untuk terangkan sesuatu dan meramal

5. Mensintesis
- Menggabung idea, unsur atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan ganmbaran yang menyeluruhdalam bentuk pernyataan.



..akan dikemaskini lagi nota ini...(tidak cukup lengkap)

Aktiviti 3

Di akhir kelas Dr Izham, ada aktiviti berkumpulan.
Aktiviti: 8 sebab orang menolak perubahan

1. terpaksa menyesuaikan diri terhadap perkara baru/ suasana baru
2. berlain drpd orang lain
3. mendapat tentangan drpd orang lain
4. mengganggu sistem sedia/ budaya sedia ada
5. perlu mempelajari perkara baru
6. melibatkan masa yang panjang
7. ketidakpastian terhadap kesan perubahan
8. perubahan yang drastik/ mendapat

Cara penyelesaian
1. menyediakan diri dari segi mental terhadap perkara tersebut
2. sabar dan keazaman yang tinggi
3. meletakkan matlamat pada tahap-tahap tertentu
4. berfikiran terbuka dan optimis
5. yakin dengan keputusan yang diambil
6.sentiasa fokus terhadap perubahan yang hendak dibuat.

Nota: Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Dalam bidang pendidikan, perubahan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Perubahan merupakan salah satu ciri pendidikan.
Terdapat 4 jenis perubahan berdasarkan Dessler (1995)
1. ke arah peningkatan
2.Strategi organisasi
3.Reaktif
4.Akibat drpd jangkaan

Perubahan boleh dikaitkan dengan evolusi dan revolusi.
1. Evolusi : satu proses yang memakan masa yang lama dan perubahan yang berlaku adalah kecil.
2. Revolusi: satu proses perubahan berlaku secara mendadak.

Perubahan yang dibuat adalah bertdasarkan keputusan yang telah dipertimbangkan. Terdapat 6 dimensi dalam membuat pertimbangan:
1. Tujuan perubahan: penambahbaikan.
perubahan dalam sistem sedia ada melibatkan 2 pindaan; perubahan peringkat pertama & perubahan peringkat kedua.
2. Unit perubahan:merujuk kpd fokus utama perubahan. Terdiri daripada ; individu,kumpulan dan seterusnya.
3. Sifat
4. Magnitud
5. skop/ruang lingkup
6. Jangka masa

Model-Model Perubahan.
1.Penggabungan Roger:inovasi berlaku apabila masalah atau keperluan dikenalpasti
2. Model Kanter: Melibatkan 4 tugas inovasi: jana, bina,realisasi & pindah (idea)
3. Model Rand: sebab dan halangan perubahan pendidikan
pengumpulan data dan analisis
libatkan 3 langkah: 1) Daya usaha
2) Implementasi
3) Penggabungan
4. Model ACOT: kehendak perubahan p & p secara beransur-ansur.
5 langkah perubahan P & P:
1)Kemasukan
2)Memilih
3)Menyesuaikan
4) Penggunaan
5) Mereka cipta

Sunday, May 3, 2009

Aktiviti 2: Minggu Ke-2

aktiviti 2:

Masalah: Pelajar tidak dapat mengingati kedudukan dan nama bagi struktur skeleton manusia.
Matlamat: Pelajar dapat memahami konsep struktur skeleton dan fungsinya
Objektif: Pelajar dapat melabel struktur skeleton manusia dengan tepat

Langkah yang perlu diambil:
1. Guru menggunakan model rangka manusia untuk menunjukkan kedudukan skeleton
2. Guru menggunakan video tentang fungsi skeleton manusia
3. Guru menggunakan pelajar sebagai model untuk menunjukkan kedudukan skeleton tertentu
4. Guru meminta pelajar menunjukkan skeleton yang terdapat pada badan mereka berdasarkan tunjuk cara oleh guru.

Cara memantau
1. Meminta pelajar melabel gambar skeleton pada akhir sesi p & p
2. Meminta pelajar menunjukkan struktur skeleton pada badan mereka
3. Kuiz ringkas pada akhir sesi p & p

Cara menilai

1. Menyoal pelajar tentang topik skeleton pada hari berikutnya. Sekiranya pelajar masih tidak dapat mengingati dengan tepat, guru haruslah menilai semula cara yang telah digunakan dan mencari cara yang paling sesuai untuk sesi p & p supaya mencapai objektifnya.