Thursday, April 23, 2009

Kuliah Pertama....Kajian?????

kajian??? Penyelidikan???? Entah la....
Macam-macam definisi yang bermain dalam fikiran kita. Dulu masa buat ijazah pertama memang ada buat kajian tapi taklah mendalam sangat pun. Tapi yang menjadi persoalan sekarang ni, dah pernah buat kajian untuk projek tahun akhir pun tapi masih tak faham apa maksud kajian / penyelidikan.

20 april 2009, hari pertama kuliah bagi semester baru....

Kuliah pertama Kajian tindakan dalam pendidikan, ngantuk tapi kuatkan semangat nak tuntut ilmu, cuba buka mata ini luas-luas, pasang telinga betul-betul.

Kajian tindakan?? Apa itu kajian tindakan? Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang saintifik bagi mengumpul data-data, seterusnya memproses data tersebut dan dianalisis serta langkah yang seterusnya adalah tindakan yang diambil seperti menyelesaikan satu masalah.
Susunan kajian tindakan melibatkan reka bentuk kajian, pengumpulan data, analisis data, komunikasi yang melibatkan penulisan laporan dan persembahan hasil kajian dan tindakan yang melibatkan tindakan menyelesaikan masalah.


Secara ringkasnya kajian tindakan adalah belajar sesuatu daripada apa yang kita telah lakukan. Tujuan kajian tindakan adalah untuk penambahbaikan sesuatu perkara yang kita lakukan.
Contohnya, kaedah pengajaran secara kerja kumpulan. Kerja kumpulan yang selalu dijalankan di dalam kelas biasanya, guru akan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, kemudian memberikan tajuk-tajuk yang berlainan kepada setiap kumpulan. Pelajar dalam kumpulan dikehendaki membincangkan tajuk yang diberi.

Kaedah ini merupakan kaedah yang selalu digunapakai oleh guru-guru dalam P& P.Kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan, seperti hanya pelajar tertentu sahaja yang akan bertindak aktif dalam kumpulan dan ada pula pelajar yang menjadi pasif kerana ada rakanlain yang mempunyai lebih banyak idea. Selain itu, tidak semua pelajar berpeluang mengemukakan pendapat.


Kaedah ini boleh digantikan dengan pembelajaran secara kooperatif yang akan melibatkan semua pelajar. Contoh pembelajaran kooperatif adalah menggunakan kaedah jingsaw. Kaedah jingsaw ini mempunyai kelebihan di mana setiap pelajar bertanggungjawab untuk mencari maklumat ataupun mengemukakan pendapat. Dan disini, pelajar perlu memahami sesuatu tajuk sebelum mengajar rakan yang lain. Ini dapat mewujudkan sikap saling berkongsi ilmu dengan rakan. Dan pembelajaran secara kooperatif ini akan diulang dengan pelbagai kaedah sehingga pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Setakat ini yang saya faham tentang kajian tindakan dan sekarang saya tengah mencari-cari maklumat-maklumat tentang kajian tindakan..Ada dalam bahasa melayu, ada jugak dalam bahasa inggeris.
Yang menggunakan bahasa ibunda, cepatla saya baca, yang second language tue agak merangkak-rangkak lah jugak membacanya...apa pun, nak cari ilmu ini bukan senang, banyak yang kita kena korban....
yang penting sekali, jangan melakukannya kerana terpaksa tapi atas kemahuan sendiri. Sebab kerana terpaksa kita menderita, atas kemahuan sendiri, kita yang bahagia..

No comments:

Post a Comment