Saturday, June 20, 2009

Proposal terbaru...

Kumpulan kami merancang untuk menukar tajuk proposal, memandangkan tajuk yang pertama kurang relevan sekiranya hendak dijalankan di sekolah.
Dan tajuk terbaru adalah seperti berikut:

Tajuk:

Meningkatkan masa tumpuan belajar pelajar bermasalah kekurangupayaan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) menggunakan pengubahsuaian tingkah laku (peneguhan).

Bab 1: Pengenalan

1.1 Tujuan:

Meningkatkan masa tumpuan belajar pelajar bermasalah ADHD dalam pembelajaran di kelas.

1.2 Objektif:

1.2.1 Setiap pelajar terlibat menunjukkan peningkatan masa tumpuan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

1.2.2 Pelajar tersebut dapat menyiapkan setiap tugasan yang diberikan.

1.3 Persoalan kajian:

Pelajar bermasalah pembelajaran terutamanya yang berkekurangupayaan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) tidak dapat memberi tumpuan yang lama ketika sesi pembelajaran di kelas. Oleh itu kami ingin membuat kajian tindakan untuk meningkatkan masa tumpuan belajar mereka dengan menggunakan pengubahsuaian tingkah laku iaitu melalaui kaedah peneguhan.

Bab 2: Sorotan Literatur

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau kekurangupayaan hiperaktif dan kurang tumpuan adalah sejenis keadaan neurologi yang melibatkan masalah tumpuan dan keaktifan impulsif yang berkembang secara tidak konsisten dengan umur kanak-kanak. Masalah ini melibatkan kegagalan perkembangan fungsi penting otak yang mengawal kawalan dan limitasi diri. Kehilangan kawalatur kendiri ini mengganggu fungsi otak lain yang penting untuk mengimbangi perhatian termasuk kebolehan untuk membezakan ganjaran serta merta atau ganjaran terkemudian (Barkley, 1998a). Kanak-kanak yang mengidap ADHD biasanya diklasifikasikan kepada dua kategori ketahanan tumpuan yang teruk dan mempunyai gerak hati hiperaktif. Persatuan Psikiatri Amerika (APA) telah mengusulkan tiga subjenis kekurangupayaan dalam Diagostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-IV): iaitu tiada tumpuan pradominan, impulsive-hiperaktif pradominan dan jenis gabungan antara keduanya (Barkley, 1997).

Kanak-kanak hiperaktif akan menunjukkan kegelisahan, bermasalah untuk kekal berada di tempat duduk atau bermain dengan senyap, dan bertindak seperti mereka dipandu oleh sesuatu motor. Mereka yang menunjukkan gerak hati tidak terkawal lazimnya sukar menyertai aktiviti tugasan yang melibatkan sistem penggiliran. Tingkah laku lazim yang biasanya berlaku termasuk menjawab serta merta soalan tanpa menunggu untuk ditanya dan menukar satu tugasan kepada tugasan yang lain tanpa menyiapkan tugasan tersebut. Komponen kurang tumpuan ADHD memberi kesan kepada pengalaman pendidikan kanak-kanak tersebut kerana ADHD menyebabkan mereka tidak dapat memahami arahan yang terperinci, mengekalkan tumpuan dalam tempoh membuat tugasan dan tersalah meletakkan bahan yang diperlukan. Mereka akan gagal memberi tumpuan sepenuhnya kepada perincian tugasan, melakukan kesalahan secara kerap dan tidak gemar kepada tugasan yang melibatkan usaha ketahanan mental (U.S Department of Education, 2003).

Walaupun masalah tingkah laku dalam diri kanak-kanak tersebut bukan sebenarnya merupakan suatu masalah pembelajaran, hampir satu pertiga daripada pengidap ADHD mengalami masalah pembelajaran (National Institute of Mental Health (NIMH), 1999). Kanak-kanak dengan ADHD juga mengalami masalah dalam membaca, matematik dan komunikasi bertulis (Anderson, Williams, McGee, & Silva, 1987; Cantwell & Baker, 1991; Dykman, Akerman, & Raney, 1994; Zentall, 1993). Namun, dalam bidang akademik, kanak-kanak ADHD dikatakan biasanya mempunyai kecerdasan pada sekurang-kurangnya tahap terendah purata kecerdasan normal dan mempunyai kekuatan dari segi karakter personaliti dan individu tersendiri. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk merawat dan mendidik pelajar ADHD. Antaranya adalah pendekatan tingkah laku, pendekatan perubatan dan pendekatan multimodal. Menumpukan pada pendekatan pendidikan melalui pendekatan tingkah laku yang digunakan untuk menstruktur pelajar serta menggalakkan tingkah laku yang lebih baik, antara kaedah yang pernah digunakan ialah pendekatan melalui peneguhan positif, token ekonomi, “time-out” dan kos tindak balas (AAP, 2001; Barkley, 1998b; Pelham, Wheeler, & Chronis, 1998).

Dalam kajian ini pengkaji menumpukan perhatian untuk penambahbaik keupayaan tumpuan kanak-kanak ADHD melalui kaedah peneguhan.

Bab 3: Prosedur Kajian

3.1 Kitaran 1:

3.1.1 Merancang

Pengkaji merancang apakah data-data yang perlu dikumpul untuk mengetahui pengetahuan atau maklumat awal dalam kajian ini. Pengkaji akan memilih pelajar yang terlibat dalam pengumpulan data awal, guru-guru yang akan turut serta dalam kajian dan ibu bapa yang akan diberi soal selidik.Pengkaji akan menyediakan segala keperluan untuk prosedur pengumpulan data dan merancang masa kajian dan bagaimana mendapatkan semua data yang dikehendaki secara efisien.

3.1.2 Bertindak dan Pemerhatian

Pengkaji menjalankan prosedur pengumpulan data dan maklumat awal seperti yang dirancangkan. Pengkaji juga memerhatikan sebarang limitasi kajian dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan pengumpulan data.

3.1.3 Merefleks

Pengkaji menganalisa segala data yang diperolehi, menentukan pelajar-pelajar yang menjadi peserta kajian dan menentukan peneguhan yang akan dijalankan kepada pelajar.

3.2 Kitaran 2:

3.2.1 Merancang

Pengkaji menyediakan Rancangan Pengajaran Harian atau Rancangan Pengajaran Individu kepada pelajar mengikut kumpulan dan tahap keupayaan pembelajaran mereka. Pengkaji menyatakan kaedah peneguhan yang akan digunakan kepada pelajar yang terlibat.

3.2.2 Bertindak dan pemerhatian

Pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancangakan. Rakaman video akan dijalankan. Pengkaji menuliskan laporan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran sebaik selesai sesi pengajaran dengan pelajar yang terlibat. Pengkaji menemubual pelajar yang terlibat, guru-guru yang mengajar pelajar tersebut serta mengedarkan soal selidik kepada ibu bapa pelajar.

3.2.3 Mereflek

Pengkaji meneliti dapat kajian daripada rakaman video, temubual pelajar dan guru serta soal selidik dengan ibu bapa. Pengkaji membuat analisa dan laporan dapatan analisa daripada data-data yang diperolehi. Pengkaji merancang kitaran seterusnya untuk penambahbaikkan.


Bab 4: Pengumpulan dan Penganalisisan Data

4.1 Sebelum tindakan pemerhatian

4.1.1 Pengkaji mengumpul data awal daripada pihak-pihak terlibat seperti;

Rekod data daripada pihak sekolah mengenai tahap prestasi pencapaian pembelajaran dan tingkah laku pelajar sama ada melalui rekod pentaksiran atau rekod pengajaran guru.

Temu bual dengan guru-guru yang mengajar pelajar tersebut (guru pendidikan khas) mengenai tahap tumpuan yang ditunjukkan oleh pelajar semasa dalam sesi pembelajaran dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kurang tumpuan selain daripada masalah hiperaktif.

Soal selidik yang diberikan kepada ibu bapa pelajar yang terlibat mengenai tingkah laku pelajar di rumah, peningkatan dalam pembelajaran di rumah, kebolehan mereka menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara sama ada diminati atau tidak dan sama ada ibu bapa pernah menggunakan kaedah peneguhan atau tidak.

4.2 Semasa tindakan pemerhatian

Pengkaji akan merekodkan pemerhatian melalui rakaman video serta merekod masa tumpuan pelajar dalam kelas pembelajaran serta menulis pemerhatian kendiri guru dalam bentuk refleksi sebagai laporan pemerhatian pengajaran harian kepada pelajar tersebut.

4.3 Selepas tindakan pemerhatian

Pengkaji melakukan temu bual dengan pelajar yang terlibat untuk mengetahui pandangan dan perasaan mereka apabila guru menggunakan teknik peneguhan dalam pembelajaran mereka. Pengkaji juga akan menemubual guru-guru yang terlibat dalam mengajar pelajar tersebut untuk mengetahui adakah pelajar tersebut menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku atau perubahan masa tumpuan dalam kelas-kelas yang diajar.

Selain itu, pengkaji memberikan soal selidik susulan kepada ibu bapa pelajar untuk mengetahuo tahap peningkatan tumpuan mereka kepada sebarang aktiviti pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain di rumah.

4.4 Analisis Data

Pengkaji menganalisa data-data yang diperolehi dengan memerhatikan perubahan tingkah laku pelajar sekiranya ada menunjukkan peningkatan dari segi masa tumpuan terhadap sesi pembelajaran dan jumlah tugasan yang dapat disiapkan pelajar dalam suatu tempoh masa tertentu pembelajarannya.

Pengkaji membuat perbandingan antara pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran lain dalam kelas tersebut dan mengkategorikan analisa mengikut masalah pembelajaran yang dihadapi.

Memerhati dan menentukan jenis peneguhan yang menunjukkan kesan yang paling signifikan kepada pelajar berkekurangupayaan hiperaktif.

Catatan:

Kitaran 1 hanya melibatkan proses pengumpulan data dan maklumat awal kajian. Manakala kitaran 2 dan seterusnya melibatkan penyediaan implementasi kaedah peneguhan dalam sesi pembelajaran dan seterusnya penambahbaikkan.

5 Penutup

Kaedah peneguhan diharapkan dapat meningkatkan prestasi pelajar bermasalah kekurangupayaan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) dalam meningkatkan tempoh waktu tumpuan mereka dalam sesi pembelajaran yang seterusnya akan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran.

6 Rujukan

American Academy of Pediatrics. 2001. Clinical practice guideline: Treatment of the school-aged child with attention deficit/hyperactivity disorder. Pediatrics, 108, 1033-1044. Retrieved from www.aap.org/policy/s0120.html.

Anderson, J. C., Williams, S. C., McGee, R., & Silva, P. A., 1987. DSM-III disorders in preadolescent children: Prevalence in a large sample from the general population. Archives of General Psychiatry, 44, 69-76.

Barkley, R. A. 1997. Behavioral inhibition, sustained attention, and executive functions: constructing a unifying theory of ADHD. Psychological Bulletin, 121:1, 65-94.

Barkley, R. A. 1998a. Attention-deficit hyperactivity disorder. Scientific American, 279: 3.

Barkley, R. A. 1998b. Handbook of Attention Deficit Hyperactivity Disorder (2nd ed.). New York: Guilford Press.

Cantwell, D. P., & Baker, L. 1991. Association between attention deficit-hyperactivity disorder and learning disorders. Journal of Learning Disabilities, 24, 88-95.

Dykman, R. A., Akerman, P. T., & Raney, T. J. 1994. Assessment and Characteristics of Children with Attention Deficit Disorder. Prepared for the Office of Special Education Programs, Office of Special Education and Rehabilitative Services, U.S. Department of Education.

National Institute of Mental Health (NIMH). 1999. Questions and answers. NIMH Multimodal Treatment Study of Children With ADHD. Bethesda, MD: NIMH.

Pelham, W. E., Wheeler, T., & Chronis, A. 1998. Empirically supported psychosocial treatments for attention deficit hyperactivity disorder. Journal of Clinical Child Psychology, 27, 190-205.

U.S Department of Education, 2003. Identifying and treating attention deficit hyperactivity disorder: A resource for school and home. Education Publication Centre. Jessup, MD.

Zentall, S. S. (1993). Research on the educational implications of attention deficit hyperactivity disorder. Exceptional Children, 60, 143-153.


Sunday, June 7, 2009

Kuliah Cik Hajah Halimah

Minggu nie, kuliah dengan Cik Hajah Halimah.
Topiknya berkenaan proposal atau cadangan kertas kerja untuk kajian tindakan.
Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang perempuan dan seorang lelaki.
Tajuk proposal kami yang pertama adalah :


Meningkatkan minat dan kefahaman pelajar melalui pengajaran & pembelajaran luar bilik darjah (zoo) bagi subjek Biologi (spesies terancam).

antara isi kandungan proposal tersebut adalah seperti berikut:

Tujuan:

Meningkatkan minat pelajar untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran topik ini seterusnya menambahbaik prestasi pelajar dalam subjek biologi (spesies terancam).

Penyataan masalah:

1. Pembelajaran biologi (spesies terancam) dalam bilik darjah kurang menarik minat pelajar sekiranya dijalankan dengan teknik kuliah.

2. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif, terlalu biasa dan mengehadkan aktiviti bembelajaran secara aktif

3. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran Biologi yang dikatakan membosankan

Objektif:

1. Setiap pelajar boleh berkongsi pendapat/idea/pandangan berkaitan topik spesies terancam dalam subjek Biologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Pelajar dapat memberi penyelesaian terhadap permasalahan yang ditimbulkan dalam topik tersebut.

3. Pelajar boleh mengolah semula dan menyampaikan isi pengajaran bagi topik ini

Metodologi kajian:

Kitaran 1:

Merancang

- Mengetahui pandangan pelajar mengenai topik tersebut.

- Guru mengenalpasti kelemahan guru dalam pengajaran subjek tersebut.

- Guru mengenalpasti kelemahan alat bantu mengajar bagi topik ini.

- Guru mengenalpasti kelebihan dan kelemahan bilik darjah sebagai tempat pembelajaran.

Bertindak dan Pemerhatian

- Memberikan borang soal selidik kepada pelajar

- Membuat refleksi kendiri terhadap cara pengajaran.

- Melakukan temubual, soalselidik, penilaian sendiri mengenai ABM tersebut.

- Soal selidik, temubual kepada pelajar, soal selidik, temubual kepada guru-guru, penilaian terhadap bilik darjah.

Merefleks

- Data maklumat pemerhatian dianalisis dan masalah utama dikenalpasti

Maklumat refleksi dikongsi bersama guru-guru lain dalam mesyuarat kemudian meminta pandangan, cadangan atau masalah baru daripada guru-guru.


Kitaran 2:

Merancang

- Menentukan apa yang hendak dilakukan terhadap permasalahan hasil refleksi kitaran 1. Menyenaraikan tindakan-tindakan yang hendak dilakukan seperti tempat, masa, isi kandungan pengajaran ,aktiviti semasa proses P&P.

Bertindak dan pemerhatian

- Menjalankan tindakan-tindakan yang dirancang.

- Menyediakan rancangan pengajaran

Mereflek

- Guru berbincang mengenai aktiviti yang akan dijalankan(bagaimana menjalankan tindakan-tindakan/P&P di luar bilik darjah)

- Menilai dan memperbaiki Rancangan Pengajaran

Kitaran 3:

Merancang

- Guru melaksanakan rancangan pengajaran dalam P & P pada masa yang ditentukan.

Bertindak dan pemerhatian

- Guru melaksanakan Rancangan Pengajaran, membuat pemerhatian terhadap tindakbalas pelajar( mengumpul maklumat)

Mereflek

- Guru menganalisis dan menilai hasil pemerhatian.

- Merancang aktiviti tindakan seterusnya.

Catatan:

- Kitaran 1 dan 2 hanya melibatkan proses persediaan, manakala kitaran 3 dan seterusnya adalah melibatkan pelaksanaan pengajaran.

-

Kepentingan Kajian:

- Kajian ini amat penting untuk menangani masalah mengenai kaedah dan suasana pembelajaran yang kurang menarik.

- Mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran subjek Biologi yang dianggap kurang menarik.

- Hasil pembelajaran boleh dikongsi bersama guru-guru yang mengajar subjek yang lain.

- Meningkatkan motivasi dan ekstem kendiri guru dan pelajar.

- Memperkasakan guru Biologi di sekolah.



Friday, June 5, 2009

Ulasan artikel 3...

Tajuk : An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Art Activities in Sixth Grade Social Studies Classroom
Courtney Kosky & Reagan Curtis


Artikel ini merupakan satu kajian tindakan untuk meningkatkan penglibatan dan motivasi pelajar dalam subjek " Social Studies" dengan mengintegrasikan seni dalam sesi p & p. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat kesan penglibatan dan motivasi dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Peserta kajian ini melibatkan guru pelatih dan juga pelajar gred 6 dan dijalankan di sekolah yang mempunyai 650 orang pelajar (gred 6-8), 95% berkulit putih , 22% pelajar menerima bantuan makanan tengahari. Bangunan sekolah yang lengkap dengan kemudahan.

Kajian ini dimulakan dengan penulis pertama artikel ini mengajar subjek ini sebanyak 4 masa dengan mengintegrasikan seni serta kajian tindakan kepada 4 kelas. Satu masa di peruntukkan untuk kelas inklusif yang mempunyai 7 orang pelajar berkeperluan khas.

Matlamatnya adalah untuk membentuk pelajar supaya aktif ketika sesi p & p yang berteraskan kepada teori kecerdasan pelbagai.

Fokus utama adalah supaya pelajar terlibat secara aktif melalui seni tetapi setiap konsep meliputi pelbagai cara berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai.
Kecerdasan pelbagai dinilai kepada pelajar pada permulaan kajian untuk memahami minat pelajar dan kekuatan pelajar.
Hasil daripada penilaian kecerdasan pelbagai digunakan untuk membina RPH.

Sumber data dan Analisis

Jurnal refleksi guru: Sesi p & p harian yang dijalankan
Nota harian :bagaimana setiap aktiviti dijalankan
: sebarang penambahbaikan untuk kelas yang seterusnya
Nota tentang tahap penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti
Tinjauan sebelum dan selepas.
Pelajar melengkapkan "rate this lesson" berdasarkan skala 1-10. Maklum balas mengenai aspek yang gemari dan tidak digemari.
Ujian, kuiz, buku kerja, hasil kerja pelajar

Secara keseluruhan, kaedah mengintgerasikan seni dalam pembelajaran 'Social Studies" telah memberi impak yang besar terhadap penglibatan pelajar, seterusnya meningkatkan motivasi pelajar. Ini terbukti, apabila prestasi akademik pelajar sangat memberangsangkan.





to be continued.....(jap g sambung taip)

Ulasan artikeL 2

Tajuk : Collaboration Action Research to develop the use of solution based approaches.
Jo Simm & Rachel Ingram


Artikel ini merupakan satu kajian tindakan kolaboratif yang dijalankan oleh 2 orang ahli psikologi (EPs) pendidikan bersama dengan 4 orang guru sekolah rendah untuk membangunkan penyelesaian berdasarkan pendekatan.
Kajian ini dijalankan selama 2 tahun dan artikel ini adalah berdasarkan tahun pertama kajian.
Untuk membangunkan penyelesaian berdasarkan pendekatan, kajian tindakan digunakan sebagia reka bentuk kajian kerana mempunyai satu kitaran yang berulang-ulang untuk memperbaiki teknik ini sehingga boleh digunapakai oleh guru-guru di sekolah.

Tahun pertama kajian.
Perancangan dibuat oleh EPs dan Special Education Need Coordinator (SENCO) untuk merangka bentuk kajian tindakan yang akan digunakan.
Pada kitar pertama melibatkan EPs dan SENCO untuk memperkenalkan penggunaan kaedah ini. Hasil refleksi tahun pertama menunjukkan maklum balas yang positif mengenai penggunaan pendekatan ini.
Untuk langkah seterusnya, adalah untuk menambahkan penglibatan lebih ramai guru dan pelajar dalam menggunakan kaedah penyelesaian berdasarkan pendekatan.
Kajian ini diharapkan dapat melibatkan lebih ramai guru dan EP dalam memperkasakan profesion perguruan dan juga meningkatkan prestasi pelajar.

Thursday, May 28, 2009

Perbandingan artikel

Artikel 1: School Counselor Accountability : The path of Social Justice and Systemic Change

Artikel 2: Collaborative action research to develop the use of solution focused approaches

Artikel 3 : An Action Research Exploration Integrating Student Choice & Art activities in Sixth Grade Social Studies Classroom.

Tujuan kajian:


Artikel pertama adalah berkaitan dengan penglibatan kaounselor sekolah dalam meningkatkan pencapaian sekolah dan meningkatkan penglibatan dan professionalisma kounselor sekolah, artikel kedua pula menjuruskan kepada teknik p & p iaitu pendekatan berdasarkan penyelesaian. Artikel ketiga pula mengenai pengintegrasian seni dalam pendidikan sains sosial dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam matapelajaran tersebut dan meningkatkan motivasi pelajar serta kesannya terhadap penglibatan pelajar dan motivasi.


Peserta kajian


Artikel 1: kounselor sekolah (peserta yang juga menjalankan kajian tindakan)

Artikel 2: pelajar sekolah dan guru

Artikel 3: pelajar sekolah dan guru


Setting


Artikel 1: 2003-2006/ 4 jenis sekolah yang melibatkan lebih 175 kounselor sekolah.

Artikel 2: Dua tahun kajian/ (laporan tahun pertama telah diterbitkan)/melibatkan 4 orang guru dari sebuah sekolah rendah/pelajar-pelajar.

Artikel 3: pelajar gred 6 dan guru pelatih./sekolah yang mempunyai 650 pelajar(gred 6 sehingga 8), kemudahan infrastruktur yang lengkap/ guru berpengalaman/pensyarah universiti./ 20 masa " Social Studies"


Prosedur


Artikel 1:

Peserta kajian harus menyiapkan langkah 1-3 :

i)matlamat sekolah diteliti (mission)

ii)data yang spesifik dipilih (elemen)

iii)data dikumpul dan dianalisis (analyze)


Langkah 4(stakeholder): peserta kajian terlibat denagn jabatan/panatia, pentadbiran, ibu bapa dan rakan komuniti secara kolaboratif untuk pelan tindakan matlamat.


Langkah 5 (result): Keputusan diteliti

Analisis data kualitatif yang menandakan misi sekolah, penerapan strategi, pemerhatian impak terhadap pelajar, fakulti, sekolah dan komuniti


Langkah 6 (educate) : memberikan peluang kepada peserta merumuskan rancangan mereka dan mempersembahkan keputusan hasil daripada usaha mereka.



Artikel 2:


Kajian tindakan kolaboratif ( melibatkan kitaran merancang, bertindak, melihat dan mereflek)

guru menjalankan prosedur p & p secara pendekatan berdasarkan penyelesaian.

Kajian ini adalah untuk melibatkan guru sebanyak mungkin dalam kaedah pendekatan berdasarkan penyelesaian.`

Menjalankan temubual selama 30 minit.

Meminta kebenaran untuk merakamkan perbualan.

Rakaman perbualan akan ditulis semula dan diberikan kepada peserta kajian untuk diteliti.

Kajian ini dijalankan selama 2 tahun .

Kitaran tahun pertama melibatkan ahli Psikologi pendidikan & pembangunan SENCOs. Semasa tahun pertama, pelbagai kaedah digunakan untuk menerapkan pendekatan ini untuk meningkatkan prestasi pelajar.


Artikel 3: kajian tindakan ini dijalankan ke atas kelas gred 6. Penulis pertama telah mengajar subjek kajian sosial selama 4 masa dan menerapkan pengajaran secara integarasi seni. Satu masa digunakan sebagai kelas inklusif dengan 7 pelajar berkeperluan khas. Setiap kelas diajar dengan teknik yang sama dan pendekatan yang spesifik berdasarkan keperluan khas setiap kelas. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.


Pengumpulan & Analisis data.


Artikel 1:


kemahiran menganalisis dan penggunaan data.
Dalam kajian ini, peserta kajian bertindak menggumpul data dan pesrta kajian juga menjalankan kajian tindakan dalam kajian ini.
Setiap pelan kajian tindakan, kounselor akan:
i) mengenalpasti matlamat spesifik pencapaian sekolah
ii) mengumpul data

iii)terlibat dengan fakulti/jabatan/bidang/panatia dan kakitangan dalam merancang strategi
iv)
memperkenalkan tanda aras
v)meneliti data yang berkaitan dengan matlamat
vi)penerapan kolaboratif dalam strategi
vii)analisis dan laporan keputusan

Peserta kajian membuat kajian tindakan dalam merapatkan jurang dalam aspek prestasi pelajar dan menyediakan pelan kerjasama dengan rakan sekerja secara kolaboratif untuk mengumpul data yang dikehendaki.

Artikel 2

Penilaian sebenar untuk mengenalpasti mekanisma dan konteks yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang bermakna.
Data temubual.
5 temubual yang merangkumi 100 mekanisma yang digandakan, dan kemudiannya di bahagikan kepada 15 kategori.


Artikel 3.


Temubual antara guru dan pelajar.

Jurnal refleksi guru tentang pengajaran harian dan perbualan dengan pelajar.

Nota harian: bagaimana setiap aktiviti dijalankan & sebarang penambahbaikan untuk kelas seterusnya.

Selepas sesi pengajaran, pelajar akan melengkapkan "Rate this Lesson" berdasarkan skala 1-10 & maklum balas serta aspek yang digemari.

Ujian, buku kerja, lembaran kerja: sebagai bukti penglibatan dalam aktiviti dan perbincangan.

Analisis dijalankan sepanjang proses kajian.