Saturday, May 23, 2009

Sambung ulasan buku (2)..............

Kesahan & Peserta kajian

Kekuatan satu kajian kualitatif adalah bergantung kepada kaedah yang dijalankan untuk menjelaskan pengalaman, persepkltif dan suara mereka yang terlibat dalam kajian. Pandangan peserta kajian adalah memberi kualiti kepada sesuatu penyelidikan. Tindakan balas peserta kajian dalam memberi pandangan, persepktif dan sebagai secara jelas dan telus menjadi kesahan kajian lebih berkualiti. Pengkaji juga haruslah bijak melihat sesuatu isu dari sudut pandangan peserta kajian.

Kesahan & kebergunaan.

Kesahan dalam kajian tindakan adalah kebergunaan terhadap dapatan kajian.

Pengumpulan data : Sumber maklumat

Dalam kajian tindakan, temubual adalah prinsip utam untuk memahami persepktif dan pengalaman manusia. Terdapat juga pemerhatian keadaan sistematik dan peristiwa, penelitian dokumen dan rekod untuk mengkaji isu dan pemeriksaan bahan dan rujukan yang berkenaan.


Temubual

:membolehkan peserta kajian menerangkan kedaan dan menjelaskan isu yang dikaji menggunakan perkataan sendiri.

:membolehkan orang lain yang terlibat melihat isu berkenaan daripada kaca mata orang yang ditemubual dan dapat memhami peristiwa itu daripada persepktif mereka sendiri.

membolehkan peserta kajian berpeluang untuk membuat refleksi terhadap peristiwa dalam hidup dan seterusnya dapat menambah kefahaman terhadap pengalaman hidup sendiri.

:proses temubual juga memerlukan saling mempercayai antara orang yang ditemubual dan penemubual. Ketidakpercayaan boleh menimbulkan ketidakselesaan antara ketika temubual. Ini akan menyebabkan maklumat tidak dapat diperolehi secara menyeluruh.

:Selain itu, penemubual harusnya memberi peluang kepada orang ingin ditemubual untuk menetapkan tempat dan masa yang bersesuaian. Sebelum memulakan temubual, penemubual haruslah memperkenalkan diri, memberitahun isu yang in gin ditemubual dan meminta kebenaran untuk memperbincangkan perkara tersebut dalam satu kajian.

:Dalam temubual, teknik penyoalan sangat supaya dapat keselesaan kepada orang yang ditemubual. Teknik penyoalan yang berkesan dapat memberi gambaran yang jelas mengenai isu yang dikaji.

:Terdapatnya beberapa dua fasa dalam teknik penyoalan;

Fasa pertama: Grand taour question- Temubual haruslah berlaku di tempat dan masa yang bersesuaian untuk orang di temubual. Peserta kajian seharusnya berada dalam keadaan tenang dan selesa. Kajian tindakan seharusnya bermula dengan soalan yang umum seperti; ‘ Boleh terangkan tentang sekolah anda?”

Fasa kedua: Mini tour question.- fasa ini adalah fasa untuk memahami secara lebih mendalam terhadap soalan fasa pertama. Soalan dalan fasa kedua adalah lebih kurang sama dengan fasa pertama tetapi bentuk soalan ini lebih menfokus dan terperinci.

Memperluaskan tindak balas peserta kajian : Prompt question

Maklumat yang lanjut dapat diperolehi menerusi kemahiran dalam memperluaskan tindak balas peserta kajian dengan menggalakkan untuk menjelaskan secara lebih terperinci apa yang dibincangkan:

  1. memperluaskan soalan ( contohnya: Ada apa-apa lagi yang ingin dikongsi?)
  2. Menggalakkan komen/soalan
  3. meminta contoh.

No comments:

Post a Comment