Sunday, May 24, 2009

Sambungan ulasan buku (4)..............

Sorotan kepustakaan

Dalam kajian tindakan, bahan bacaan yang dibacaan adalah bertujuan untuk melihat pandangan atau pendapat pengkaji lagi berkaitan isu yang dikaji.
Proses dalam meneliti bahan bacaan. Bahan bacaan termasuklah teks akademik dan jurnal, jurnal dan penerbitan professional, penerbitan dan laporan jabatan atau institusi yang mengandungi amalan yang berjaya, projek atau proses pembelajaran, maklumat demografik yang berkaitan lokasi dan faktor lain yang mempengaruhi isu yang berkaitan.Bahan bacaan bukanlah bahan bukti tentang sesuatu isu , setiap kajian seharusnya dibandingkan dari segi teori, kepelbagaian konsep dan isu, perbezaan jangkaan, nilai dan ideology yang tertanam dalam teks kajian berkenaan.

Teknik Analisis Data

Analisis data adalah bertujuan untuk menjelaskan dan memahami data yang diperolehi. Selain itu,analisis data juga bertujuan untuk menapis maklumat tertentu daripada yang diperolehi.Dalam kajian tindakan, data analisis pertama adalah berkaitan dengan analisis babak pengalaman secara mendalam.atau pengalaman yang signifikan – sebagai unit asas analisis.

Analisis data (1) : Analisis pengalaman utama

Memahami apa yang sedang berlaku dalam kehidupan, pengalaman yang sebenar mengenai sesuatu peristiwa.. Di sini pengkaji sebenarnya, mencetuskan kajian yang membuat pengalaman hidup sebenar secara terus dirasai oleh pemerhati, mendengar suara, merasai emosi dan melihat tingkahlaku yang berkaitan dengan kajian dan menfokus pengalaman hidup yang membentuk makna dalam hidup seseorang .
Prosedur analisis membolehkan pengkaji merasai apa yang dirasai oleh orang lain dan memahami peristiwa, tindakan, tingkahlaku, aktiviti, dan emosi yang terlibat dalam mewakili pengalaman manusia yang berlaku.
Babak utama atau isu utama dalam pengalaman atau perubahan , perkara utama dalam pengalaman adalah perkara yang mengubah persepktif seseorang tentang hidup mereka.
Pengkaji harus memilih bilangan individu daripada setiap kumpulan yang berkepentingan seperti:
1) mewakili kepelbagaian persepktif daripada dalam kumpulan
2) mempunyai kesan signifikan pada kumpulan
3) mempunyai persepktif dan pengalaman yang jelas
4) mempunyai signifikan atau yang luar biasa bagi pengalaman dan persepktif.

Mengenal elemen dan ciri yang terdapat dalam pengalaman dan isu yang berkaitan . Seterusnya menghasilkan rangka kerja konsep untuk menerangkan pengalaman individu yang terbabit secara lebih jelas. Laporan dituliskan berdasarkan rangka kerja yang telah dibuat.

Analisis data (2) : Pengkategori dan Pengkodan.

Tujuan analisis dalam kajian tindakan bukan untuk mengenalpasti fakta atau apa yang sebenarnya berlaku tetapi untuk menapis dan menjernihkan data untuk membolehkan peserta kajian menterjemah dan menilai bahan yang telah dikumpul.
Data –data yang diperolehi dibahagikan kepada unit-unit tertentu.
Melihat perbezaan dalam setiap individu dalam kumpulan yang berkepentingan.
Meneliti set data bertujuan membiasakan pengkaji dengan data tersebutbdan membolehkan pengkaji melihat secara keseluruhan maklumat supaya mencari hubungkaita antara item dan elemen bermula.
Membahagikan data kepada unit-unit, supaya lebih mudah untuk mengfokuskan kepada analisis data tersebut.
Untuk pengkategori dan coding, pengkaji perlu:
1)
pecahkan data kepada unit-unit tertentu
2)
unit data dipecahkan kepada kategori.
3)
Kategori dipecahkan subkategori yang berssesuaian
4)
Kod setiap kategori menggunakan istilah yang menerangkan jenis maklumat dalam kategori dan subkategori
5)
Kenalpasti maksud setiap kategori dan subkategori.

Analisis secara kolaboratif

Fokus kepada kumpulan yang digunakan untuk analisis data dan kongsi maklumat secara kolaboratif.

No comments:

Post a Comment