Sunday, May 24, 2009

Sambungan ulasan buku (3)..............

Pemerhatian terhadap peserta kajian.


Tujuan pemerhatian adalah bagi menyesuaikan pengkaji dengan kontek isu dan peristiwa yang berkenaan. Pengkaji secara berterusan mencatatkan tingkah laku, tindakan atau peristiwa yang spesifik menggunakan jadual pemerhatian yang berstruktur. Diantara perkara/isu yang difokuskan dalam pemerhatian:

1) orang : guru, pelajar ,pentadbir dan sebagainya

2) tempat : bilik darjah, kawasan permainan, pejabat, rumah, lokasi dan susunan kawasan.

3) Tindakan : tindakan yang dilakukan oleh peserta kajian.

4) Aktiviti : satu set tindakan yang berkaitan

5) Peristiwa : satu set aktiviti yang berkaitan

6) Objek : bangunan, perabut, buku,

7) Tujuan : apa yang ingin dicapai

8) Masa : tempoh, kekerapan, dan turutan peristiwa

9) Perasaan : : emosi dan tindakbalas terhadap individu, peristiwa, aktiviti dll.

Merekod pemerhatian

Nota lapangan.

Nota lapangan membolehkan pengkaji merekod secara terperinci tempat dan peristiwa yang berlaku secara semulajadi.


Fotograf


Memberi rekod yang berguna yang membolehkan pemerhati untuk lebih memahami ganbaran situasi dan peristiwa. Sartu gambar memberi sejuta maksud.


Rakaman video.


Rakaman video memberi lebih banyak kelebihan kerana membolehkan babak –babak setiap peristiwa, aktiviti, tindakan diteliti dengan lebih jelas dan lebih difahami.


Artifak : Dokumen, rekod, dan bahan.


Dokumen: pengkaji boleh mendapatkan maklumat yang signifikan dengan meneliti dokumen yang berkaitan dengan skop kajian. Dalam konteks bilik darjah, silibus, kurikulum, jadual waktu memberi maklumat mengenai p & p.

Rekod: rekod peribadi peserta kajian.

Sampel kerja pelajar : Sumber yang memberi banyak maklumat serta maklumat visual yang konkrit. Pengkaji boleh melihat kepelbagaian kerja pelajar, kertas projek.

Peralatan, bahan dan kemudahan : buku, perabot, dan segala peralatan yang memberi signifikan terhadap.


Merekod maklumat

Pengkaji harus merekod maklumat kepada dua; awam dan sulit.


Tinjauan/soal selidik


Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian yang ramai. Kelebihan soal selidik adalah makna comparatif yang tidak ternilai yang didapati daripada bilanagan peserta yang ramai dalam rangka masa yang terhad.

Menjalankan soal selidik:

1) tentukan tujuan, focus dan peserta: penyediaan soalan tinjauan perlu berhati-hati; isu yang dimasukkan, jenis maklumat yang hendak diperolehi, daripada siapa maklumat itu dikehendaki.

2) Merangka soalan- memastikan semua maklumat berkaitan isu boleh dikenalpasti. Jelas dan tidak berat sebelah. Jangan memasukakan dua isu dalam satu soalan.Dirangka dalam bentuk yang positif.

3) Tindak balas: berdasarkan format tertentu, berdasarkan skala. Berdasarkan format: respon terbuka: soalan yang ditanya, dijawab secara spontan. Respon tetap: berdasarkan pilihan yang diberikan seperti,5 minit, 10 minit. Dual respon: jawapan/respon berdasarkan dua pilihan. Skala respon: menggunakan skala; 1(sangat setuju), 2(setuju), 3 (neutral), 4 (tidak setuju), 5 (sangat tidak setuju).

4) Menyediakan rangka maklumat: masukkan maklumat berkaiatan tempoh temubual/sesibual dan jenis maklumat yang dikehendaki.

5) Percubaan : mencuba soalan tinjauan dalam bilangan peserta yangb kecil untuk menguji ketepatan soalan dan diubahsuai sekiranya terdapat soalan yang mengelirukan.

6) Menjalankan soal selidik

7) Berterima kasih kepada peserta

8) Analisis data.


Data statistik dan numerik (data kuantitatif)


Data statistic dan numeric digunakan dalam kajian tindakan untuk menjelaskan isu yang berkaitan dengan isu pembelajaran seperti pencapaian murid berdasarkan peperiksaan. Selain itu, ia juga berkaitan dengan bilangan pelajar lelaki dan perempuan, kaum dan umur.

No comments:

Post a Comment