Thursday, May 28, 2009

Ulasan artikel...

Artikel 1: School Counselor Accountability: The path to Social Justice and Systematic Change
(Carol A. Dahir and Carolyn B. Stone)

Isu utama:
1) Matlamat pencapaian sekolah yang selalu dikenalpasti penting untuk diberi perhatian oleh kaunselor sekolah?
2) Hasil daripada pelan kajian tindakan, apakah yang boleh disumbangkan oleh kaunselor sekolah kepada matlamat pencapaian sekolah?

Model

MEASURE adalah singkatan kepada matlamat, unsur, analisis, orang /kumpulan yang berkepentingan, unit, keputusan, pendidikan yang merupakan model 6 langkah kajian tindakan. Ini melibatkan pengglibatan counselor sekolah dalam proses penggunaan data untuk menggenalpasti kepentingan dalam pencapaian sekolah , usaha secara kolaboratif dan penggunakan keputusan untuk merefleksi amalan.

MEASURE adalah satu kaedah yang tersusun dan sistametik untuk mengetahui sekolah berdasarkan masalah, membangunakan kursus tindakan dan mengawal perkembangan dan keputusan.

Peserta kajian/sampel

Lebih daripada 175 orang kaunselor sekolah , terdiri daripada:
i) 14 – kaunselor “elementary school”
ii) 6 – kaunselor “middle school”
iii) 33 – kaunselor “high school"
iv) lebih daripada 24 – kaunselor yang terlibat dalam satu sistem sekolah yang besar.

Setting

Bermula 2003 sehingga 2006.
Melibatkan empat jenis sekolah .

Pengumpulan data.

Bermula apabila peserta menghadiri satu sesi pembangunan professional (kemahiran menganalisis dan penggunaan data).
Dalam kajian ini, peserta kajian bertindak menggumpul data dan pesrta kajian juga menjalankan kajian tindakan dalam kajian ini.
Setiap pelan kajian tindakan, kolunselor akan:
i) mengenalpasti matlamat spesifik pencapaian sekolah
ii) mengumpul data
iii) terlibat dengan fakulti/jabatan/bidang/panatia dan kakitangan dalam merancang strategi
iv) memperkenalkan tanda aras
v) meneliti data yang berkaitan dengan matlamat
vi) penerapan kolaboratif dalam strategi
vii) analisis dan laporan keputusan

Peserta kajian membuat kajian tindakan dalam merapatkan jurang dalam aspek prestasi pelajar dan menyediakan pelan kerjasama dengan rakan sekerja secara kolaboratif untuk mengumpul data yang dikehendaki.


Prosedur

Peserta kajian harus menyiapkan langkah 1-3 :
i) matlamat sekolah diteliti (mission)
ii) data yang spesifik dipilih (elemen)
iii) data dikumpul dan dianalisis (analyze)

Langkah 4(stakeholder): peserta kajian terlibat denagn jabatan/panatia, pentadbiran, ibu bapa dan rakan komuniti secara kolaboratif untuk pelan tindakan matlamat.

Langkah 5 (result): Keputusan diteliti
Analisis data kualitatif yang menandakan misi sekolah, penerapan strategi, pemerhatian impak terhadap pelajar, fakulti, sekolah dan komuniti.

Langkah 6 (educate) : memberikan peluang kepada peserta merumuskan rancangan mereka dan mempersembahkan keputusan hasil daripada usaha mereka.

Keputusan

Bukti menunjukkan kounselor sekolah boleh memulakan, membangunkan, memimpin dan mengkoordinasikan program bagi membantu perubahan yang sistematik dan meningkatkan prestasi akademik setiap pelajar.

No comments:

Post a Comment