Sunday, May 3, 2009

Aktiviti 2: Minggu Ke-2

aktiviti 2:

Masalah: Pelajar tidak dapat mengingati kedudukan dan nama bagi struktur skeleton manusia.
Matlamat: Pelajar dapat memahami konsep struktur skeleton dan fungsinya
Objektif: Pelajar dapat melabel struktur skeleton manusia dengan tepat

Langkah yang perlu diambil:
1. Guru menggunakan model rangka manusia untuk menunjukkan kedudukan skeleton
2. Guru menggunakan video tentang fungsi skeleton manusia
3. Guru menggunakan pelajar sebagai model untuk menunjukkan kedudukan skeleton tertentu
4. Guru meminta pelajar menunjukkan skeleton yang terdapat pada badan mereka berdasarkan tunjuk cara oleh guru.

Cara memantau
1. Meminta pelajar melabel gambar skeleton pada akhir sesi p & p
2. Meminta pelajar menunjukkan struktur skeleton pada badan mereka
3. Kuiz ringkas pada akhir sesi p & p

Cara menilai

1. Menyoal pelajar tentang topik skeleton pada hari berikutnya. Sekiranya pelajar masih tidak dapat mengingati dengan tepat, guru haruslah menilai semula cara yang telah digunakan dan mencari cara yang paling sesuai untuk sesi p & p supaya mencapai objektifnya.

1 comment:

  1. Salam Cikgu Siti...
    Satu informasi yang menarik dan berguna...
    Terutamanya selepas demonstrasi menggunakan model rangka skeleton, kaedah meminta pelajar-pelajar untuk berdiri dan sama-sama menamakan bahagian-bahagian struktur skeleton pada badan mereka sendiri,akan menambah ingatan mereka terhadap pelajaran tersebut.

    Kaedah ini telah digunakan oleh Cikgu Elenser semasa Micro-teaching semester lepas. Saya rasa kaedah ini memang menarik, student-centered, aktif dan praktikal.

    Terima kasih atas perkongsian best ini.

    Btw...Hurm...bukan yang kita bincang hari tu pasal Ozone Depletion ke, ek?

    (^_^)v Cikgu HudaY

    ReplyDelete